SABAH, 26 Januari 2024 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah mengadakan tinjauan kesiapsiagaan Pemerintahan Armada Timur di Pantai Barat Sabah yang melibatkan Stesen Luar Pantai (SLP) Gugusan Semarang Peninjau Stesen LIMA, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK).
Beliau telah membuat lawatan ke beberapa pusat pengoperasian Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kota Kinabalu iaitu SLP Stesen LIMA TLDM dan Stesen Udara Kota Kinabalu (SUKK) yang melibatkan perolehan Radar dan penambahbaikan Aerodrome serta Infrastruktur di Pulau Layang-Layang.
Lawatan ini turut merangkumi tinjauan ke Kapal Littoral Mission Ship (LMS) dan Pusat Simulasi Latihan Kapal Selam serta pembinaan RKAT TLDM yang sedang dilaksanakan di Sepanggar.
Dalam pada yang sama, beliau telah beramah mesra bersama sama warga TDLM di sana sekaligus memastikan kebajikan mereka terpelihara.