SABAH, 26 Mei 2024 - YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha dalam hari terakhir rangka lawatan kerja ke Timur Sabah telah melawat Projek Pembangunan Kem Tentera Darat di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah.
Inisiatif ini yang juga antara projek terawal yang diberikan tumpuan oleh YBhg. KSU sejak mula menerajui Kementerian Pertahanan merupakan usaha berterusan Kerajaan bagi meningkatkan tahap keupayaan serta kesiapsiagaan Tentera Darat Malaysia dalam menangani ancaman semasa, sekali gus memperkukuhkan tahap keselamatan di pantai timur Sabah.
YBhg. KSU turut diberi sesi Walking Brief dan taklimat oleh Agensi Pelaksana iaitu Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) bagi mendapatkan status terkini kemajuan pelaksanaan projek serta perancangan hadapan bagi memastikan projek ini berjalan mengikut jadual.