KUALA LUMPUR, 6 Mac 2024 - Hari Bersama Pelanggan (HBP) Kementerian Pertahanan telah berjaya diadakan di Dewan Dato’ Jamil Ahmad, Kem Perdana, Sungai Besi.Â
Penganjuran ini sebagai platform secara terus kepada pelanggan sebagai One Stop Center melalui perkhidmatan yang ditawarkan seterusnya menyelesaikan permasalahan dan aduan pelanggan melalui perkhidmatan kaunter sesi soal jawab selain mendapatkan maklum balas serta cadangan.Â
Pelbagai aktiviti dilaksanakan antaranya perkhidmatan kebajikan kepada warga ATM, Koperasi Tentera, KAGAT, PERHEBAT, UGAT dan PERNAMA. Terdapat juga penglibatan daripada agensi luar seperti program derma darah, LPPSA, PTPN, Tabung Haji, KTMB serta demonstrasi dari JBPM.Â