KUALA LUMPUR, 12 Januari 2025 - Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali telah mengadakan tinjauan hari pertama pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 1/2025 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur.
YBhg. Ketua Setiausaha meninjau kaedah pendaftaran di setiap peringkat yang disediakan sepanjang tempoh pendaftaran #PLKN3.0. Dalam pada itu, beliau turut berkesempatan beramah mesra bersama para pelatih dan ibu bapa yang hadir.