Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MERASMIKAN PERTANDINGAN SUKAN ELEKTRONIK SEKOLAH DALAM KEM ATM

info

MELAKA, 7 November 2024 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari, hari ini merasmikan Pertandingan Sukan Elektronik (Esports) Sekolah Dalam Kem (SDK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kem Terendak, Melaka.

Pertandingan Esports ini merupakan inisiatif terbaru Kementerian Pertahanan Malaysia, diilhamkan oleh YB Adly Zahari, bagi memperkasa pendidikan Esports dalam kalangan anak-anak Warga Kerja Pertahanan (WKP). Program ini bertujuan memupuk bakat serta minat mereka dalam bidang Esports, yang kini semakin berkembang pesat di Malaysia.

Program dua hari ini, bermula pada 6 November dan berakhir hari ini, turut melibatkan Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT) dan disiarkan secara langsung di laman sosial Esports Malaysian Armed Forces, membolehkan orang ramai menonton pertandingan ini secara dalam talian. Seramai 128 pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4 terlibat sebagai peserta, dibahagikan kepada 32 kumpulan yang bersaing dalam permainan Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG Mobile).

Inisiatif ini juga memupuk penglibatan keluarga dan komuniti dalam mewujudkan ekosistem Esports yang inklusif bagi anak-anak WKP, sejajar dengan perkembangan pesat industri ini. Sebagai insentif, hadiah wang tunai berjumlah RM8,500 disediakan kepada peserta.

 

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my