PERAK, 1 Mei 2025 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah melaksanakan Program Veteran Desa Madani (VDM) di kawasan Slim River selepas siri pertama di Kota Bahru, Kelantan pada 15 Mac 2025 yang lepas.
YB Timbalan Menteri Pertahanan telah meluangkan masa bersama masyarakat setempat dengan melaksanakan aktiviti gotong-royong kenduri rakyat, meninjau sekitar kampung orang asli serta menyempurnakan majlis penyerahan kad Veteran ATM kepada veteran orang asli Daerah Slim River.Â
Sebanyak 150 buah sumbangan Rahmah dan 150 kampit beras telah diagihkan kepada persatuan veteran dan masyarakat orang asli yang hadir.
VDM adalah salah satu program Kementerian Pertahanan bersama-sama dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) yang merupakan sebahagian inisiatif daripada keseluruhan Program Peduli Veteran Madani (PVM).
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM; Encik Sophian Isswandy bin Ismail, Pengarah JHEV Cawangan Negeri Perak; Mejar Noor Yahya bin Sulaiman serta wakil persatuan-persatuan veteran ATM sekitar Perak.