MELAKA, 13 Oktober 2024 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah mengadakan Program Santuni MADANI di Kampung Bukit Bayan, Bukit Katil.
Program Santuni MADANI diisi dengan Pameran kesihatan dan pemeriksaan gigi daripada Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM (BPK), Kaunter perkhidmatan veteran ATM oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) dan pelbagai kaunter Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Dalam pada itu, YB Adly turut bersama-sama penduduk setempat bagi mengadakan Program Jiwa Murni dengan melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan masjid yang dianjurkan oleh Rejimen 514 Askar Wataniah.
Beliau kemudiannya berkesempatan menyantuni dan beramah mesra bersama dengan 2 orang Veteran ATM di kawasan berhampiran.