Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

PROGRAM PENYERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM) DAN PENYERAHAN RUMAH BINA BAHARU

info

MELAKA, 8 Ogos 2024 - YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia diiringi Mej Jen Dato’ Zambery Jefry bin Haji Darus (Ketua Pengarah JHEV ATM), Encik Sophian Isswandy bin Ismail (Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM), turut hadir Datuk Haji Shahdan bin Haji Othman (Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah), lr Tuan Mahalil bin Mokhtar (Jurutera JKR Daerah Melaka Tengah) telah menyempurnakan program penyerahan PJM serta penyerahan rumah bina baharu di bawah Inisiatif Perumahan Veteran ATM bagi peringkat Negeri Melaka.

Pada program tersebut, YB Adly Zahari merasmikan dan menyerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) serta Bantuan Sara Hidup bernilai wang tunai RM 300 setiap bulan.

Program dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Mej Jen Dato’ Zambery Jefry bin Haji Darus, Ketua Pengarah JHEV ATM serta doa pembuka majlis, dan diteruskan ucapan YB Timbalan MENHAN, seterusnya dilanjutkan dengan sesi penyerahan kunci rumah Inisiatif Perumahan Veteran ATM.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my