JOHOR, 22 Jun 2024 - YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan telah menyempurnakan Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) peringkat negeri Johor.Â
YB Adly turut menyampaikan geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) bernilai RM100,000.00 kepada 20 Usahawan Veteran ATM di Negeri Johor.
PUVET ATM berperanan sebagai pemudahcara dan penghubung untuk mengenalpasti dan menyalurkan insentif keusahawanan yang merangkumi khidmat kepakaran, fasiliti, geran dan latihan yang diperlukan oleh Usahawan Veteran ATM untuk memajukan perniagaan mereka.
Menerusi itu, veteran akan menikmati manfaat seperti pemadanan perniagaan atau business matching, akses terus kepada insentif keusahawanan seperti fasiliti, latihan dan konsultansi dalam aspek pembungkusan, penjenamaan dan pemasaran.