NEGERI SEMBILAN, 16 November 2024 - YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan telah menyempurnakan Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) di Seremban.Â
Dalam program ini, YB Adly Zahari  menggesa lebih banyak Kementerian, agensi dan syarikat swasta untuk bersama-sama terlibat dalam PUVET ATM yang dilaksana Kementerian Pertahanan melalui Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).
Pelbagai peluang dibuka khas untuk Veteran ATM antaranya Geran Padanan Digital PMKS dan Geran Digital Penjaja, Geran Padanan iTEKAD, Kemudahan Pembiayaan Perniagaan serta Program Ekonomi MADANI dalam Kem Tentera.
Â