Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

PROGRAM PEMERKASAAN USAHAWAN VETERAN ATM (PUVET ATM)

info

MELAKA, 8 Ogos 2024 - Kementerian Pertahanan melalui Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) terus komited dalam melaksanakan Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) yang memfokuskan kepada pemerkasaan veteran dalam kerjaya kedua khususnya usahawan veteran dalam kelompok B40 bagi meningkatkan taraf hidup mereka. 

Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah menyempurnakan PUVET ATM peringkat negeri Melaka. Dalam program ini, YB Adly telah menyampaikan geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) bernilai RM220,000.00 kepada 44 Usahawan Veteran ATM di sekitar negeri Melaka yang terlibat dalam perniagaan berasaskan perkhidmatan, automotif, makanan dan pertanian. Pada masa yang sama, YB Adly Zahari dalam sesi perkongsian beliau menyatakan bahawa veteran perlu lebih radikal, progresif dan inovatif untuk melonjakkan perniagaan mereka di samping memanfaatkan segala inisiatif yang disediakan Kerajaan untuk kekal mapan dan mampan.

Kementerian Pertahanan menyasarkan seramai 200 Usahawan Veteran ATM akan dapat dipadankan sebagai penerima geran bagi tahun 2024. Sehingga kini, 98 usahawan veteran ATM telah menerima geran SPKLB dengan nilai terkumpul RM490,000.00.

 

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my