SARAWAK, 26 Ogos 2024 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari mengakhiri siri lawatan Program Peduli Veteran Madani (PVM) ke Negeri Sarawak dan yang terakhir di daerah Kuching.
YB Adly berpeluang menyantuni 10 orang Veteran ATM yang sedang uzur dan sakit kronik serta seorang Veteran ATM yang mengusahakan perniagaan kedai makan. Di samping itu, beliau turut menyampaikan bantuan bakul rahmah kepada Veteran ATM yang terjejas dan memerlukan bantuan.Â
Inisiatif PVM bertindak sebagai medan untuk interaksi secara dua hala antara Kementerian Pertahanan dan Veteran ATM melibatkan 5 fokus utama iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan, dan pemerkasaan ekonomi veteran ATM.Â
PVM akan terus menjadi platform Kementerian untuk menyampaikan sumbangan kebajikan dan insentif keusahawanan kepada Veteran ATM yang memerlukan sebagai galakan untuk memperkasakan sosioekonomi mereka.Â