Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

PROGRAM PEDULI VETERAN MADANI (PVM) BAGI DAERAH SEPANG

mindef

SELANGOR, 14 April 2025 – YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan telah melaksanakan Program Peduli Veteran MADANI (PVM) di daerah Sepang bagi menyantuni 14 warga veteran ATM yang memerlukan, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Pertahanan untuk mendekati dan memperkasa komuniti veteran.

Dalam program ini, YB Timbalan Menteri menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada para veteran, termasuk mereka yang menghidap penyakit kronik, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral. Beliau turut menyempurnakan penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada tujuh penerima yang terdiri daripada tiga veteran dan empat balu, ia juga sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan pengorbanan mereka semasa berkhidmat.

Selain itu, beliau juga melawat seorang usahawan veteran ATM yang menjalankan perniagaan sate dan menyampaikan bantuan dapur memasak dua tungku bagi menyokong usaha niaga yang diusahakan. Tidak ketinggalan, sumbangan komputer riba turut disampaikan kepada seorang anak veteran ATM dari kategori asnaf bagi membantu dalam proses pembelajaran.

Program ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor Cawangan Sepang serta wakil Pejabat Ahli Parlimen Sepang, dan diselaras oleh JHEV ATM Cawangan Selangor dan Wilayah Persekutuan sebagai tanda sinergi pelbagai pihak dalam menjaga kebajikan warga veteran.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my