Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

PROGRAM JIWA MURNI KEMENTAH NEGERI JOHOR

info

KOTA TINGGI, 17 Julai 2024 – Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Program Jiwa Murni Kementerian Pertahanan (PJM KEMENTAH) Tahun 2024.

Beliau telah menyerahkan Mock-up Cheque peruntukkan pembaikan rumah bagi pelaksanaan PJM KEMENTAH Negeri Johor kepada lima orang penerima di sekitar kawasan Kota Tinggi.
Keseluruhan projek bagi negeri Johor bagi Tahun 2024 adalah sebanyak RM 603,637.10 melibatkan 24 orang penerima dari Simpang Renggam, Parit Sulong, Batu Pahat, Pasir Gudang dan Muar. 

Pada tahun ini, Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) telah menerima peruntukan sebanyak RM3.23 Juta bagi melaksanakan PJM KEMENTAH meliputi 91 skop kerja iaitu kerja-kerja bina baru, senggaraan dan pembaikan rumah asnaf Veteran ATM, masjid atau surau, bangunan awam seperti dewan dan pusat komuniti. 

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my