JEPUN, 11 Februari 2025 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali telah mengadakan pertemuan dua hala bersama Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Singapura, TYT Chan Heng Kee.
Â
Dalam pertemuan ini, YBhg. Ketua Setiausaha dan rakan sejawat beliau telah membincangkan dengan lebih lanjut inisiatif yang diketengahkan oleh negara masing-masing pada tahun ini sempena Kepengerusian Malaysia bagi ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) dan ADMM-Plus serta persediaan Malaysia bagi Sesi Permukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN di Pulau Pinang hujung bulan ini.
Â
Di samping itu, Singapura juga dijemput menyertai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperluas kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.
Â
Pertemuan ini diadakan sempena penganjuran 14th Japan-ASEAN Defence Vice Ministerial Forum. Pertemuan ini turut menjadi platform strategik bagi kedua-dua negara untuk membincangkan usaha bersama dalam mendepani cabaran keselamatan serantau.