LANGKAWI, 20 MEI 2025 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah merasmikan Pavilion MINDEF LIMA 2025 di Malaysia International Exhibition Centre (MIEC).
Pavilion MINDEF di LIMA 2025 adalah merupakan satu pendekatan yang dibawakan kepada pengunjung pameran LIMA 2025 bagi mencerminkan komitmen MINDEF dalam memperkukuhkan ekosistem industri pertahanan negara dengan memacu pembangunan kapasiti tempatan, memperluaskan peluang penyelidikan bersama, serta meningkatkan kebolehsuaian dan kebolehpercayaan teknologi tempatan ke tahap global.
Pavilion MINDEF pada kali ini menampilkan kolaborasi strategik antara agensi- agensi penting di bawah Kementerian Pertahanan termasuk Penguasa Katalog Angkatan Tentera Malaysia (MAFCA), Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS), Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) serta Unit Inovasi MINDEF, serta penyertaan aktif dari ketiga-tiga perkhidmatan ATM iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Lokman Hakim bin Ali dan pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan.