Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

PERASMIAN KARNIVAL KERJASAMA AWAM-TENTERA (CIMIC) 2024

info

SABAH, 10 November 2024 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah merasmikan Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) 2024 di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Kota Kinabalu.

Karnival ini bertujuan mengeratkan hubungan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan masyarakat awam, khususnya di Negeri Di Bawah Bayu, sambil memupuk semangat patriotisme dalam mempertahankan kedaulatan negara serta memberikan pendedahan tentang tugas dan peranan ATM kepada orang ramai.

Acara karnival turut dimeriahkan dengan penyampaian sumbangan kotak rezeki kepada 1,000 penerima dari kawasan sekitar Daerah Putatan, serta penyampaian hadiah Larian Muhibah yang disertai lebih 500 peserta, melibatkan warga ATM dan masyarakat setempat di Sabah.

Selain itu, karnival CIMIC ini juga menyediakan peluang kepada penduduk tempatan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kerjaya dalam ATM dan badan keselamatan kerajaan lain melalui pameran reruai yang disediakan. Diharapkan program ini dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam masyarakat untuk menjaga tanah air tercinta.

 

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my