Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

PENYERAHAN FAEDAH GANJARAN HILANG UPAYA KEPADA VETERAN ATM

mindef

JOHOR, 8 Februari 2025 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin hari ini menghadiri Majlis Penyerahan Faedah Ganjaran Hilang Upaya (GHU) Veteran ATM di Muar sebagai tanda penghargaan kepada anggota yang cedera semasa tugas aktif.
 
Penambahbaikan Faedah GHU yang berkuat kuasa sejak Januari 2025 selaras dengan pembaharuan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), menawarkan kenaikan signifikan kepada anggota ATM yang mengalami kecederaan ketika bertugas. Dalam majlis ini, YB Menteri telah menyampaikan Faedah GHU kepada tujuh (7) veteran ATM serta bungkusan Kotak Cakna kepada sembilan (9) veteran ATM yang menghadapi pelbagai cabaran kesihatan dan kehidupan. 
 
Setakat ini, seramai 1,825 veteran ATM hilang upaya di seluruh Malaysia telah dikenal pasti, termasuk 292 orang yang cedera semasa operasi dan latihan berisiko tinggi. Sejak Januari 2025, 50 penerima telah menerima faedah GHU yang ditambah baik sebagai sebahagian daripada komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan veteran ATM.
Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my