TERENGGANU, 19 Oktober 2024 - Kementerian Pertahanan dan PERHEBAT akan terus proaktif melaksanakan tanggungjawab moral untuk membangunkan ekosistem yang berkesan dalam menyediakan Bakal Pesara dan Veteran ATM dengan latihan, kemudahan dan pendedahan yang bersesuaian demi kesejahteraan mereka.
Sempena Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM), YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan telah menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara PERHEBAT dan MARDI Corp. dalam usaha untuk terus memperkasa Veteran ATM.Â
Berteraskan sektor pertanian, MoU ini membuka jaringan kerjasama meliputi program latihan, perkongsian kepakaran, pemindahan teknologi dan penempatan pekerjaan dengan melaksanakan Program Usahawan Pertanian Kluster (PUPuK) iaitu program latihan kemahiran Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).
Dalam pada itu, YB Adly Zahari menyampaikan geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) bernilai RM70,000.00 kepada 14 Usahawan Veteran ATM di sekitar negeri Terengganu yang terlibat dalam perniagaan berasaskan perkhidmatan, automotif, makanan dan peruncitan.
Â