TURKIYE, 10 Jun 2024 – YB YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan telah mewakili Malaysia dalam pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan Republik Türkiye mengenai perolehan Kerajaan kepada Kerajaan (G2G) untuk Produk Pertahanan.
Pemeteraian MoU ini memberi manfaat kepada kedua-dua buah negara dengan mengambil kira reputasi Türkiye sebagai ‘powerhouse’ yang mempunyai kekuatan dalam bidang pembuatan teknologi pertahanan dan berjaya memposisi industri pertahanan antara yang ternama di dunia.
Kedua dua negara bersetuju memberikan komitmen melalui pelaksanaan MOU dengan menubuhkan jawatankuasa khas bagi merancang inisiatif strategik dan memantau pelaksanaan ini.
Dalam pada masa yang sama, Menteri Pertahanan turut menyaksikan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (LOA) bagi pembelian 3 Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 oleh Kerajaan kepada syarikat pertahanan Türkiye, STM. STM telah menyatakan komitmen untuk 3 LMS tersebut disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan, iaitu dalam tempoh 3 tahun 6 bulan.