KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2024 – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) dengan kerjasama Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP) telah membina jalur gemilang gergasi sempena sambutan bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Â
Jalur gemilang gergasi ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiasusaha dan YBhg. Datin Seri Noor Laili binti Hamzah, Pengerusi PUSPANITA di Wisma Pertahanan.
Pembinaan jalur gemilang gergasi ini juga adalah ekspresi warga Kementerian Pertahanan dalam menyertai Pertandingan Jiwa Merdeka Antara Kementerian yang akan dinilai oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN).