PERAK, 8 Oktober 2024 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah merasmikan dan melancarkan Program Sukan Elektronik (Esports) melibatkan sekolah-sekolah di dalam Kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pangkalan TLDM Lumut.Â
Program yang bermula pada 7 dan 8 Oktober ini melibatkan seramai 128 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga 4 yang terdiri daripada 32 kumpulan menyertai pertandingan ini melibatkan permainan jenis Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG Mobile).
Pendedahan kepada ekosistem baharu melalui pameran industri dengan bantuan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan - Esports Integrated (ESI) dan GamesBond International Sdn Bhd berupaya menampilkan atlet Esports di peringkat kebangsaan.
Program ini merupakan inisiatif baharu Kementerian Pertahanan Malaysia dalam memperkasakan pendidikan Esports bagi anak-anak Warga Kerja Pertahanan (WKP) serta memupuk bakat dan minat dalam bidang Esports yang semakin berkembang pesat.