Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MINI DEFENCE EXPO CUM DEFENCE INDUSTRY SYMPOSIUM: STRENGTHENING INDIA-MALAYSIA DEFENCE INDUSTRIAL COLLABORATION IN THE ASEAN CONTEXT

mindef

KUALA LUMPUR, 16 Januari 2025 – YB Dato’ Seri Khaled Nordin, Menteri Pertahanan telah merasmikan Mini Defence Expo Cum Defence Industry Symposium: Strengthening India-Malaysia Defence Industrial Collaboration in The ASEAN Context di Hotel Renaissance.

Program anjuran Suruhanjaya Tinggi India dengan kerjasama Bahagian Industri Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia ini bertujuan menggalakkan potensi kerjasama di antara pemain industri pertahanan Malaysia dan India sebagai platform membina jaringan strategik serta hubungan dua hala industri pertahanan.

YB Menteri Pertahanan turut diberi penghormatan untuk menyampaikan ucaptama sejurus selesai merasmikan symposium ini. Dalam ucapan beliau berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pemain industri utama dalam bidang industri pertahanan bukan sahaja di peringkat tempatan bahkan di peringkat antarabangsa. 

Beliau juga menyatakan hasrat untuk mendapatkan peluang bekerjasama dengan pihak India dalam bidang Angkatan Tentera Masa Hadapan dan juga kecerdasan buatan (AI). 

Dalam pada itu, YB Menteri Pertahanan turut menggalakkan kolaborasi berterusan antara badan R&D ketenteraan Malaysia iaitu STRIDE dan juga pihak agensi daripada India dalam bidang sistem robotik, keselamatan siber dan sistem elektronik dan komunikasi.

Antara pengisian symposium ini adalah pembentangan mengenai potensi syarikat India, Kertas Putih Pertahanan, serta pembentangan mengenai LIMA 2025.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my