KUALA LUMPUR, 2 Julai 2025 - Â Mesyuarat Joint Committee on Defence Cooperation (JCDC) kali ke-15 telah dipengerusikan bersama oleh YBrs Tuan Mohd Yani bin Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) dan TYT Leftenan Jeneral (Bersara) Muhammad Ali, Setiausaha Pertahanan, Kementerian Pertahanan Pakistan di Hotel Royale Chulan.
Kedua-dua pihak telah membincangkan status kemajuan kerjasama pertahanan dua hala melalui pelaporan pelaksanaan program dan aktiviti oleh dua (2) Jawatankuasa Kerja iaitu Sub-Committee on Military Cooperation (SCMC) dan Joint Committee on Defence Science, Technology and Industry (JCDSTIC).
Selain itu, Malaysia dan Pakistan bersetuju untuk meningkatkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua Angkatan Tentera melalui platform Round Table Talk dan sesi libat urus yang lebih dinamik dalam meningkatkan kolaborasi  dalam bidang sains, teknologi dan industri  pertahanan dengan meneroka peluang kerjasama baharu seperti bidang peperangan elektronik, sistem dron dan perkapalan.
YBrs Tuan Mohd Yani bin Daud dan TYT Leftenan Jeneral (Bersara) Muhammad Ali juga turut berpeluang bertukar-tukar pandangan mengenai isu geopolitik semasa antarabangsa, khususnya konflik di rantau Asia Barat dan rantau Asia Selatan.