Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MENTERI PERTAHANAN TURUN PADANG MELAWAT MANGSA BANJIR DI KELANTAN DAN TERENGGANU

info

KELANTAN, 3 Disember 2024 – Susulan bencana banjir melanda negeri Pantai Timur yang sedang berlaku ketika ini, YB Khaled Nordin, Menteri Pertahanan telah turun padang ke negeri Kelantan dan Terengganu di bawah kawasan tanggungjawab Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia.

Ini adalah untuk melihat dengan lebih dekat pelaksanaan Op MURNI 8 Briged di kawasan Pantai Timur yang terjejas teruk akibat banjir besar selain mendapatkan maklumat berkenaan situasi semasa dari markas-markas yang terlibat. 

Dalam pada itu, YB Menteri turut memberi sumbangan barangan keperluan kepada 7 orang mangsa banjir yang bertugas di Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia. 

Kemudiannya, Menteri Pertahanan telah menerima taklimat pelaksanaan Op MURNI bagi kawasan Pasir Mas yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-21 RAMD, Leftenan Kolonel Muhammad Firdaus bin Sa’ad sebelum menerima taklimat daripada Ketua PPS SK. Gual Tinggi atau Timbalan Ketua Jajahan Pasir Mas, Encik Zairi bin Abdullah.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my