Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MENTERI PERTAHANAN MENGADAKAN MESYUARAT DUA HALA DENGAN TYT GUIDO CROSETTO

mindef

REPUBLIK ITALI, 1 Julai 2025 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengadakan pertemuan dan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat, TYT Guido Crosetto sebelum menyertai lawatan kerja bersama YAB Perdana Menteri. 

Malaysia dan Itali komited memperbaharui komitmen untuk terus memperkukuh hubungan sekaligus meningkatkan kerjasama pertahanan sedia ada ke peringkat yang lebih tinggi.

Sejurus itu, kedua-dua negara telah bersetuju untuk memuktamadkan satu perjanjian perolehan pertahanan antara kerajaan (G2G), selain meneroka sebuah lagi perjanjian baharu bagi perkhidmatan logistik bersama antara tentera.

YB Menteri Pertahanan mengalu-alukan bantuan kepakaran yang ditawarkan oleh Itali khususnya dalam bidang keselamatan ‘underwater’, selain perkongsian pengetahuan dalam telekomunikasi, satelit dan ‘cyberspace’ yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara. 

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my