SABAH, 3 Mei 2025 – YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan telah memulakan lawatan kerja di Tawau dengan meninjau tapak projek pembinaan 144 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Markas Angkatan Tugas Bersama (ATB) 2 di Kem Kukusan.
Projek bernilai RM77 juta ini telah dimulakan pada September 2021 dan dijadualkan siap pada Julai 2024. Namun, terdapat kekangan daripada agensi pelaksana yang menyebabkan pembinaan RKAT ini masih belum dapat diselesaikan.Â
Kementerian Pertahanan sentiasa memberi perhatian terhadap sebarang kelewatan yang memberi kesan kepada warga ATM dan keluarga demi menjaga kesejahteraan mereka.