BERLIN, 14 Mei 2025 - Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin membentangkan pledge atau aku janji bagi memastikan kejayaan usaha pengamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di UN Peacekeeping Ministerial 2025.
Malaysia telah menyatakan komitmen baharu dalam usaha pengaman PBB dengan menawarkan beberapa bentuk sumbangan strategik iaitu:
📌Menyediakan satu lagi batalion sekiranya diperlukan pihak PBB dalam atur gerak misi pengaman.
📌Meningkatkan keupayaan pasukan MALBATT di UNIFIL melalui penubuhan unit pemusnah bahan letupan (EOD).Â
📌Malaysia juga meneruskan peranan melalui Malaysian Peacekeeping Centre (MPC) dengan menyediakan latihan dan kursus kepada pasukan pengaman antarabangsa.
📌Malaysia terus komited memperkukuh penyertaan anggota pengaman wanita selaras dengan agenda Uniformed Gender Parity Strategy (UGPS).Â
📌Negara juga bersedia menghantar Mobile Training Teams (MTT) Perubatan untuk memberi latihan kesihatan kepada pasukan pengaman negara lain.
📌Negara bersedia untuk menghantar ketumbukan PDRM bagi tugas-tugas kepolisan sebagaimana yang diperlukan dalam  PBB.
Â