LANGKAWI, 21 Mei 2025 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyaksikan sesi penyerahan kontrak DSA & NATSEC Asia yang berlangsung di reruai DSA&NATSEC sebentar tadi sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA ’25).
Antara syarikat yang mengesahkan penglibatan mereka adalah Ada Vinci Global Sdn. Bhd. (AVG), Advance Defence Systems Sdn. Bhd., Cendana Auto Sdn. Bhd., IDC Technologies Sdn. Bhd., Mega Arms Sdn. Bhd., Nizra Group, Rohde & Schwarz, Weststar Defence Industries Sdn. Bhd. dan VR Universal Sdn. Bhd., menandakan permulaan kukuh bagi barisan pameran DSA & NATSEC Asia 2026.
DSA & NATSEC Asia 2026, akan diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, bermula 20 hingga 23 April 2026 ini. Bertemakan “Enhancing Capabilities and Resilience Through Technology,” persiapan telah pun dimulakan dengan penuh dedikasi, memastikan segala aspek acara berjalan lancar.
Turut hadir menyaksikan majlis ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali; Panglima Tentera Darat, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain; Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM dan tetamu kenamaan.