Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MENYAKSIKAN MAJLIS MENANDATANGANI MOU ANTARA ADS – MALAYSIA, KNDS (PERANCIS) DAN PT LENTERA SUMBER MAKMUR (INDONESIA)

mindef

LANGKAWI, 21 Mei 2025 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Advanced Defence Systems Sdn. Bhd. (ADS – Malaysia), KNDS (Perancis) dan PT Lentera Sumber Makmur (Indonesia) yang berlangsung di Pavilion Malaysia, Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA 2025).

Kerjasama strategik ini melibatkan pembekalan, integrasi dan pengesahan sistem artileri ringan 105mm LG1 Light Gun untuk kegunaan Angkatan Tentera Indonesia (Marinir). ADS akan mengetuai usaha pemasangan, integrasi dan pengesahan sistem 105mm LG1 MK III di Malaysia, yang dibangunkan selaras dengan piawaian antarabangsa — memperkukuh keupayaan pertahanan serantau serta membuka peluang besar kepada industri tempatan melalui pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti.

ADS turut berharap bahawa kerjasama ini dapat menjadi pemangkin untuk memenuhi keperluan masa hadapan Tentera Darat Malaysia bagi sistem artileri ringan tersebut.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my