KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2024 - YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Yeo Seung-ba, Ambassador Republik Korea di Malaysia di Wisma Pertahanan.
Kunjungan ini bagi membincangkan hala tuju industri pertahanan bagi kedua-dua buah negara selain bertukar pandangan mengenai peluang kerjasama bidang baharu dalam industri pertahanan.
Dalam pada itu, TYT Yeo Seung-ba turut mengalu alukan kehadiran YB Adly Zahari ke 2nd Malaysia-Korea Defence Industry Cooperation Seminar pada 7 Ogos 2024 ini untuk menyampaikan ucaptama di seminar tersebut.