Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MAJLIS UPACARA PENAMAAN DAN PELANCARAN KAPAL KEDUA, SECOND GENERATION PATROL VESSEL BERKEUPAYAAN LCS UNTUK TLDM

mindef

PERAK, 3 Julai 2025 - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor telah berkenan untuk mencemar duli ke Majlis Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Kedua, Second Generation Patrol Vessel Berkeupayaan Littoral Combat Ship (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia di limbungan Lumut Naval Shipyard (LUNAS), Pangkalan TLDM Lumut.

DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor selaku Royal Sponsor turut berkenan menamakan Kapal LCS 2 sebagai Kapal Diraja (KD) Raja Muda Nala, disaksikan bersama oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Nama RAJA MUDA NALA melambangkan simbol keazaman, keberanian, dan semangat juang tokoh tersebut dalam mempertahankan kedaulatan negeri Selangor. Ia juga merupakan kesinambungan warisan kepahlawanan diraja dalam memartabatkan pertahanan maritim negara masa kini.

Kapal LCS merupakan simbol kebanggaan negara sebagai kapal kelas frigat pertama yang dibina sepenuhnya oleh syarikat tempatan, iaitu Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd. Kejayaan ini secara tidak langsung mencerminkan keupayaan industri tempatan dalam merealisasikan aspirasi negara untuk bersaing dalam industri pertahanan di peringkat global.

Penamaan kapal LCS 2 ini merupakan bukti pencapaian Kementerian Pertahanan dalam melaksankan projek nasional selain menjadi sebahagian daripada perancangan strategik TLDM dalam memperkukuh kesiagaan armada menerusi pemilikan aset berteknologi tinggi, berkemampuan tempur dan berkeupayaan melaksanakan pelbagai operasi maritim demi mempertahankan kedaulatan perairan negara. 

Turut hadir adalah Menteri Kewangan II, YB Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari, Panglima Angkatan Tentera Malaysia; Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam Jaffar, Panglima-panglima perkhidmatan serta pegawai kanan MINDEF dan ATM.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my