MELAKA, 5 April 2025 – YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung meriah di MITC, Ayer Keroh, Melaka.Â
Majlis ini turut dihadiri Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari serta barisan Jemaah Menteri dan pemimpin utama negara.
Sambutan ini menjadi simbol perpaduan rakyat Malaysia apabila pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama hadir memeriahkan suasana. Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai juadah tradisional, persembahan kebudayaan, serta pameran daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.