KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2024 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah merasmikan Program SIBER SIAGA 2024 bertemakan “Reveal The Unseen” di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Penganjuran Program SIBER SIAGA 2024 dalam Persidangan dan Pameran Cyber Digital Service Defence and Security Asia 2024 merupakan program bertaraf antarabangsa di bawah kelolan Bahagian Siber dan Elektromegnetik Pertahanan (BSEP), Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) mulai 6 hingga 8 Ogos 2024. Ia bertujuan meningkatkan tahap kesedaran keselamatan siber dalam memperkasa kawal selia ekosistem pertahanan siber negara agar sentiasa terjamin dan terpelihara secara optimum.
Program SIBER SIAGA 2024 ini terbuka kepada masyarakat awam untuk melihat pameran produk keselamatan siber daripada 200 syarikat selain menyediakan peluang interaksi melibatkan 1,000 orang ahli profesional, 18 universiti tempatan, agensi kerajaan serta warga ATM.