Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MAJLIS PENYERAHAN SURAT TAWARAN PROGRAM DIPLOMA WBL 2.0 DENGAN KERJASAMA UPNM

mindef

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2025 - Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Datin Roszanina binti Wahab telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Diploma Work Based Learning (WBL 2.0) dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Sungai Besi.
 
Program WBL 2.0 ialah inisiatif akademik yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin yang mengiktiraf kemahiran, pengalaman dan kepakaran anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) ATM melalui pemetaan kerjaya kepada kurikulum akademik. 

Seramai 231 anggota ATM bakal memulakan pengajian dalam tiga program diploma iaitu Diploma Pengurusan Logistik (DPL), Diploma Pentadbiran Perniagaan (DPP) dan Diploma Perkhidmatan Teknologi Pertahanan (DPTP) melibatkan 139 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), 42 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 50 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 

Ketiga-tiga program ini telah diluluskan oleh MQA dan dirangka mengikut tred kerjaya tentera serta bertujuan meningkatkan daya saing serta kebolehpasaran anggota ATM, termasuk selepas tamat perkhidmatan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) turut menegaskan bahawa program ini adalah manifestasi komitmen kementerian dalam memperluas akses pendidikan tinggi kepada anggota ATM serta satu pelaburan strategik dalam pembangunan sumber manusia pertahanan negara yang lebih relevan, inklusif dan berdaya saing. 

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my