Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MAJLIS PENYERAHAN PENGURUSAN KEBAJIKAN WARGA PALESTIN KEPADA OP IHSAN

info

Kuala Lumpur, 27 November 2024 - Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Pengurusan Kebajikan Warga Palestin kepada Op Ihsan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) hari ini.

Majlis ini diadakan secara simbolik oleh Kementerian Pertahanan untuk memastikan kebajikan rakyat Palestin dapat diurus tadbir dengan baik oleh Op Ihsan yang mempunyai pengalaman dalam mengurus hal ehwal migran di Malaysia.

Seramai 128 orang warga Palestin yang terdiri daripada 41 orang pesakit yang telah selesai menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Malaysia serta 87 orang waris termasuk seorang bayi yang baru dilahirkan pada 31 Oktober 2024 di WTKL terlibat dalam majlis ini.

Inisiatif ini adalah sebagai langkah penambahbaikan pasca-rawatan ke atas warga Palestin dalam memastikan mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan dapat menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat tempatan.

Op Ihsan adalah merupakan gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergiat aktif serta berperanan memberi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my