KUALA LUMPUR, 13 Disember 2024 -  Hari ini berlangsungnya Majlis Penyampaian Hadiah bagi Kempen #TabikWiraKita yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, YBhg.  Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman di Auditorium Wisma Pertahanan.Â
Kempen #TabikWiraKita merupakan inisiatif Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin dengan kerjasama Fattah Amin Management sebagai usaha untuk meningkatkan semangat patriotisme, menghargai jasa wira-wira negara dan memupuk kreativiti serta inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia.Â
Kempen ini juga telah bermula pada 26 September sehingga 6 November 2024 yang mencatatkan sebanyak 6.6 juta tontonan sepanjang kempen berlangsung. Inisiatif ini dijalankan melalui cabaran #TabikWiraKita sebagai usaha menunjukkan rasa berterima kasih secara kreatif di platform Media Sosial.
Seramai 3 pemenang video kreatif telah diumumkan iaitu tempat pertama dimenangi oleh Encik Muhammad Rashide bin Roziman merupakan guru Sekolah Kebangsaan Depot Kuala Lumpur, tempat kedua dimenangi oleh Encik Mohd Hasmizan bin Hashim dan tempat ketiga dimenangi oleh Encik Muhammad Aniq Qawiem bin Mohamad Sazaly. Para pemenang telah membawa pulang wang tunai masing-masing berjumlah Rm 6,000, RM4,000 dan RM2,000.Â