Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MAJLIS MALAM AMAL TABUNG PAHLAWAN 2024/2025

info

KUALA LUMPUR, 24 September 2024 - YABhg Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Penaung Kempen Tabung Pahlawan telah menyempurnakan Majlis Malam Amal Tabung Pahlawan 2024/2025 serta diiringi YB Khaled Nordin, Menteri Pertahanan dan Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV ATM) di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kempen Tabung Pahlawan (KTP) dilaksanakan untuk untuk mengumpul dana bagi menyokong program kebajikan veteran dan tanggungannya. Sumbangan daripada tabung ini akan digunakan untuk meringankan beban kewangan keluarga veteran termasuk pembelian alatan perubatan yang tidak dapat dibekalkan oleh JHEV ATM.

Selain itu, inisiatif ini juga dapat merangsang dan meningkatkan tahap patriotisme, sekaligus memupuk semangat menghargai jasa veteran di kalangan semua lapisan rakyat Malaysia. Melalui program KTP ini, masyarakat berpeluang menghayati sejarah perjuangan dan pengorbanan para pejuang negara dalam usaha mencapai kemerdekaan.

Terdahulu, YB Menteri Pertahanan turut menerima sumbangan terdiri daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bousted Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol), DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH), Pasukhas Development Sdn. Bhd., Rasumi Medipharma Sdn. Bhd., Bank Muamalat Malaysia Berhad, Affin Bank Berhad, Koperasi Tentera dan yang lain.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my