KUALA LUMPUR, 17 November 2024 - Larian ‘LIMA Run 2024’ yang diadakan sempena penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA 2025) telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Mohd Yani bin Daud; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Bertemakan “Inovasi Hari Ini, Pencapaian Masa Hadapan”, acara larian yang diadakan dalam dua kategori iaitu 5km dan 7km telah dianjurkan oleh Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd (GEC).
Larian ini merupakan satu aktiviti promosi LIMA 2025, yang akan mempamerkan teknologi aeroangkasa dan maritim yang meliputi sektor pertahanan dan sektor komersial.