PULAU PINANG, 27 Mei 2025 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah melaksanakan lawatan kerja ke Syarikat Micron Memory Malaysia Sdn Bhd dalam usaha menyantuni veteran ATM yang telah memperoleh penempatan kerjaya kedua.
Program kerjaya kedua veteran ATM ini adalah inisiatif program “Veteran MyWira” yang merupakan kolaborasi Kementerian Pertahanan melalui Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dengan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).
Program dengan kerjasama Micron Memory Malaysia ini melibatkan 24 veteran ATM yang telah memulakan latihan selama enam bulan pada Februari 2025. Pelaksanaan ini memberi tumpuan kepada pekerjaan sektor swasta dan pembangunan kemahiran yang dipacu industri serta diperoleh daripada sebahagian besar veteran ATM yang memiliki kemahiran industri 4.0.
Selain itu, dalam lawatan ini YB Menteri Pertahanan turut berkesempatan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat melibatkan padanan kerjaya kedua veteran ATM di sana.