Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

LAWATAN KERJA MENTERI PERTAHANAN KE PANGKALAN UDARA BUTTERWORTH

mindef

PULAU PINANG, 24 Februari 2025 - Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah melaksanakan Lawatan Kerja ke Pangkalan Udara Butterworth hari ini.
 
Lawatan ini bertujuan meninjau pelaksanaan Projek Local Planned Maintenance 12 Years (LMP12Y) berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan selain memastikan keberkesanan operasi.
 
Dalam pada itu, beliau berkesempatan menyantuni warga Pangkalan Udara Butterworth dalam kalangan tentera dan awam Kementerian Pertahanan (MINDEF) yang bertugas di negeri ini melalui satu majlis beramah mesra yang diadakan di Hangar ASF.
 
YB Menteri Pertahanan turut menyerahkan mock cheque berjumlah RM9.2 Juta bagi tujuan penyelenggaraan RKAT Tahun 2025 sejajar dengan Fokus Keempat Kementerian Pertahanan Tahun 2025.
 
Turut hadir Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali; Panglima Tentera Udara, Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris.
Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my