SELANGOR, 29 Disember 2024 - YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan telah mengadakan lawatan kerja ke Ammo Defence Solutions Sdn Bhd di kawasan Industri Rawang Perdana, Rawang.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mengetahui perihal syarikat dengan lebih dekat, memahami senario industri sewaan perkhidmatan kenderaan, meninjau operasi serta verifikasi ketersediaan perkhidmatan syarikat dalam membekal dan menyelenggara sewaan motosikal bagi kegunaan pasukan-pasukan tentera darat.Â
Lawatan ini turut mencerminkan komitmen Kementerian Pertahanan dalam menyokong industri pertahanan tempatan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan kedaulatan negara.