KEDAH, 2 Mei 2025- Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar, bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, telah mengadakan lawatan kerja ke tapak lokasi utama penganjuran Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) 2025 yang akan berlangsung pada 20-24 Mei 2025.
Lawatan kerja ini bermula di Langkawi International Convention Centre (LICC) ,Resorts World Langkawi (RWL), dan diakhiri di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) bagi meninjau status kemajuan persiapan keseluruhan LIMA’25. Komitmen ATM dan Kementerian Pertahanan ini manifestasi bagi memastikan LIMA’25 menjadi salah satu pameran yang terbaik bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa.Â
Turut hadir Ketua Polis Kedah, YDH CP Dato’ Fisol bin Salleh, dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid.