SABAH, 12 Mei 2025 – YBhg. Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar, Panglima Angkatan Tentera dan YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan telah mengadakan lawatan kerja ke MRI Tech Sdn. Bhd. di Semporna.Â
YBhg. Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam dan YBhg. Datuk Lokman Hakim menerima taklimat berkaitan keupayaan syarikat dan potensi sumbangan kepada pembangunan teknologi termasuk sokongan industri pertahanan negara. Lawatan ini mencerminkan komitmen Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memperkukuh  industri tempatan untuk memperkukuh ekosistem pertahanan yang lebih berdaya saing dan mampan sejajar dengan Kertas Putih Pertahanan.