Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

KUNJUNGAN HORMAT OLEH TYT MAJ JEN SALMAN AWADH A. ALHARBI, DEPUTY MINISTER OF DEFENCE FOR STRATEGIC AFFAIRS, KEMENTERIAN PERTAHANAN ARAB SAUDI KE ATAS KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERTAHANAN

info

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2024 - Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, telah menerima kunjungan hormat oleh TYT Maj Jen Salman Awadh A. Alharbi, Deputy Minister of Defence for Strategic Affairs, Kementerian Pertahanan Arab Saudi di Wisma Pertahanan hari ini.

TYT Maj Jen Salman Awadh A. Alharbi telah mempengerusikan bersama dengan YBrs. Tuan Mohd Yani bin Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Mesyuarat Defence Military Committee buat kali pertama di bawah platform Saudi-Malaysian Coordination Council (SMCC) yang diterajui oleh Kementerian Luar Negeri. Mesyuarat ini telah diadakan di Wisma Perwira.


Perkara-perkara yang telah dibincangkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak adalah meningkatkan kerjasama pertahanan melalui pemeteraian Agreement on Defence Cooperation yang dijangka akan ditandatangani pada awal tahun 2025.  

Malaysia & Arab Saudi juga menyatakan kesediaan untuk meneroka kerjasama pertahanan dalam pelbagai bidang seperti kursus dan latihan ketenteraan, eksesais, perubatan ketenteraan, perisikan, sains, teknologi dan industri pertahanan serta hal ehwal agama.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my