KUALA LUMPUR, 4 November 2024 - YB Khaled Nordin, Menteri Pertahanan telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Rashed Mohammed Rashed AlSaleh, Duta Besar Kuwait ke Malaysia di Wisma Pertahanan.
Tujuan pertemuan ini diadakan adalah untuk menyusuli hasil Lawatan Rasmi Menteri Pertahanan ke Kuwait yang telah diadakan pada 6 hingga 10 Oktober 2024.
Antara perkara yang telah dibincangkan adalah status terkini rundingan draf MoU on Defence Cooperation and Exchanges yang bakal dimuktamadkan pada hujung tahun 2024 agar ia boleh ditandatangani semasa Lawatan Rasmi Menteri Pertahanan Kuwait ke Malaysia dijangka pada Mei 2025.
YB Menteri Pertahanan dan TYT Duta Besar Kuwait juga bersetuju untuk meneruskan rundingan bagi memperoleh pesawat tempur F/A-18C/D Hornet milik Kuwait Air Force (KAF) melalui penubuhan Jawatankuasa Bersama yang telah dipersetujui oleh kedua-dua Menteri Pertahanan bagi memperincikan aspek dasar, kaedah dan proses perolehan serta bantuan teknikal dan khidmat sokongan antara TUDM dan KAF.
Â