KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2024 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim telah berkenan bercemar duli bagi menyempurkanan Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) tahun 2024 yang diadakan di Balairung Seri Istana Negara.
Istiadat ini dilaksanakan bersempena Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-91 dan bertujuan menghargai Pegawai dan Lain- Lain Pangkat ATM yang berkelayakan di atas jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan di dalam perkhidmatan ATM.
Istiadat mengurniakan 5 Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera kepada 100 penerima iaitu Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada dua penerima, Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kepada 18 penerima, Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) kepada 35 penerima, Kesatria Angkatan Tentera (KAT) kepada 25 penerima dan Bentara Angkatan Tentera (BAT) kepada 20 penerima.
Seramai 353 penerima telah diperkenan bagi penganugerahkan pingat dalam Istiadat Pengurniaan DKAT pada tahun ini yang diadakan dalam dua sesi pengurniaan. Sesi pertama adalah pada hari ini yang disempurnakan oleh Sultan Ibrahim. Manakala, sesi kedua pula akan disempurnakan oleh Menteri Pertahanan pada 25 November 2024 di Wisma Perwira ATM dengan penglibatan 252 penerima.
Turut hadir ke Istiadat ini adalah Menteri Pertahanan; YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Timbalan Menteri Pertahanan; YB Adly Zahari, Panglima Angkatan Tentera; Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman, Ketua Setiausaha; YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali serta Panglima-Panglima Perkhidmatan.Â
Â