Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

FLEET CULTURAL DAN FOOD FESTIVAL NIGHT SEMPENA LIMA 2025

mindef

LANGKAWI, 23 Mei 2025 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin hari ini telah hadir merasmikan Fleet Cultural and Food Festival Night (FCFFN) sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25).

Ketibaan beliau disambut oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain, yang turut mengiringi beliau sepanjang acara. Festival ini menghimpunkan delegasi dari sembilan negara iaitu Amerika Syarikat, Rusia, Jepun, India, Bangladesh, Indonesia, Thailand, Singapura dan Malaysia. Ia bagi meraikan kepelbagaian budaya dan mengukuhkan hubungan antara TLDM dan angkatan laut sahabat.

Malam penuh warna ini menampilkan persembahan kebudayaan serta hidangan makanan tradisional dari pelbagai negara, sekaligus menjadi simbol kerjasama pertahanan yang erat dalam suasana yang santai dan mesra.

Turut serta, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali serta pegawai-pegawai ATM.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my