KUALA LUMPUR, 24 September 2024 – YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan telah menyampaikan ucap tama sempena "Defence Cooperation Workshop for the Visiting Defence Studies Strategic Group Delegation" anjuran kerjasama Bait Al Amanah dan Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur.
Dalam ucaptama yang disampaikan, beliau menekankan berkenaan usaha memperkukuh hubungan pertahanan dua hala Malaysia-Australia melalui Malaysia-Australia Joint Defence Programme (MAJDP) dan memperluas kerjasama dalam bidang keselamatan siber dalam mendepani perubahan dan cabaran landskap keselamatan serantau dan global.