BERLIN, 13 Mei 2025 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan pertemuan bilateral bersama Menteri Pertahanan Itali, TYT Guido Crosetto.
Antara intipati perbincangan adalah kolaborasi dalam industri pertahanan, kestabilan di rantau Indo-Pasifik, dan pengukuhan hubungan antara kedua-dua negara. Kedua-dua negara berhasrat untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama, termasuk meneroka kaedah perolehan produk pertahanan secara Kerajaan-ke-Kerajaan (G2G).
Itali turut menyatakan kesediaan untuk berkongsi kepakaran dalam keselamatan siber, kecerdasan buatan, dan teknologi komunikasi.
Â